RSS

Insfrastruktur

SK Lentang terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu 2 blok bangunan sekolah, makmal komputer dan kantin. Bangunan utama sekolah terdiri daripada 2 blok bangunan 4 tingkat yang kedua-duanya disambungkan dengan satu laluan koridor dan tangga utama diantara kedua-dua buah blok. Blok A terdiri dari pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik muzik, bilik gerakan, pra sekolah, pusat sumber dan beberapa kelas iaitu tahun 1 dan tahun 2.

Antara 2 buah blok bangunan utama SK Lentang terletak dataran SK Lentang, tempat dimana perhimpunan rasmi dan harian
diadakan. Murid-murid SK Lentang juga terpaksa menggunakan dataran ini untuk tujuan Pendidikan Jasmani. Pada pihak kami kawasan ini tidak selamat bagi tujuan tersebut kerana dataran ini berturap dan mempunyai longkang yang tidak berpenutup. Perhatia yang lebih diberikan pada murid-murid oleh guru-guru Pendidikan Jasmani kerana keadaan tempat mereka beraktiviti. Tapi apakan daya, SK Lentang tidak mempunyai padang dan tempat inilah dijadikan tempat bermain. Mungkin suatu hari nanti SK Lentang akan mempunyai padang sendiri.

Blok B pula, terdiri daripada kelas-kelas tahun 3 hingga 6, bengkel kemahiran hidup, makmal sains, dewan, bilik seni, dewan dan beberapa bilik tambahan lain. Makmal komputer SK Lentang mempunyai bangunannya sendiri, ianya terletak sebaris dengan bangunan utama blok B. Ianya dibina berasingan dengan bangunan utama kerana bangunan utama tidak mempunyai kemudahan untuk pemasangan peralatan komputer. Disini guru-guru dan murid-murid menggunakan perkhidmatan internet bagi tujuan P&P.

Kantin pula terletak dibahagian bawah bukit berdekatan bangunan utama SK Lentang. Mu
rid-murid dan guru-guru makan bersama di kantin ini. Walaupun murid-murid di SK Lentang tidak begitu ramai, maka menu yang ada juga tidak terlalu banyak. Akan tetapi, pengusaha kantin SK Lentang amat mementingkan kualiti makanan. Masakkan yang dimasak bersih, sedap dan menyelerakan. Terima kasih Kak Jama.

Kawasan sekitar SK Lentang adalah terhad kerana sekolah ini terletak diatas bukit, oleh itu ruang tempat letak kereta juga terhad. Tempat letak kereta yang ada sekarang terhad untuk guru-guru dan staf sahaja. Ibubapa yang ingin mengambil anak-anak mereka perlu menunggu di kawasan kantin atau di luar pos pengawal keselamatan.

Berikut adalah antara gambar-gambar sekitar SK Lentang yang diambil oleh team SKEN. Antara tempat-tempatnya adalah bilik fotostat, pondok bunga dan, taman herba, dan lain-lain lagi
Tempat-tempat tersebut pada asasnya juga terdapat pada mana-mana sekolah, tetapi pada warga Lentang ianya cukup bermakna kerana sesetengah tempat tersebut kami sendiri yang bina bersama-sama dengan penduduk sekitar penduduk Lentang. Bukan senang untuk melakukanya sendiri tanpa bantuan, malah lebih sukar lagi tanpa apa-apa bantuan kewangan. Ramai penduduk Lentang menghulurkan bantuan menceriakan dan menambahbaik sekolah, samada dengan wang tunai atau bantuan tenaga lebih-lebih lagi pihak PIBG. Semuanya atas ihsan Jabatan Hutan Lentang dan Tn. Hj. Shamsudin Sueet sendiri. Walau beliau tidak mempunyai anak bersekolah di SK Lentang tetapi beliau masih tetap membantu dengan menjadi Yang DiPertua PIBG SK Lentang, Bukan beliau sahaja malah ramai lagi ahli exco PIBG membantu meningkatkan kemajuan sekolah ini. Kami di Lentang ibaratkan satu keluarga yang besar, segalanya dilakukan bersama.

Penduduk sekitar Lentang menggunakan sungai sebagaisumber air, tidak terkecuali juga SK Lentang. Sekolah inimempunyai sebuah tangki simpanan yang besarberdekatan bangunan utama. Fungsi tangki air ini untukmenyimpan bekalan air. Ianya penting semasa ketiadaan air atau musim tengkujuh. Ini kerana air sungai diambil dengan menggunakan pam air dan kebiasaanya pada musim tengkujuh pam danpaip akan tersumbat dan menyebabkan bekalan air terputus.