
Di kawasan hutan lipur juga terdapat gerai-gerai dan kedai makan yang dapat menyediakan kehendak selera setiap pengunjung yang datang ke Hutan Lipur. Kemudahan lain seperti tandas awam dan masjid ada juga disediakan bagi kemudahan pengunjung Hutan Lipur Lentang untuk beribadat.
Kawasan hutan yang hijau menjadikan kawasan sekolah menjadi tenang, aman dan kondusif bagi murid-murid di sini. Keadaan tersebut menggalakkan lagi proses P&P bagi anak-anak didik SK Lentang.

Para ibubapa juga mudah untuk menghantar anak-anak mereka ke sini oleh kerana SK Lentang terletak di kawasan tepi Lebuhraya KL-Karak. Para penduduk sekitar tidak perlu menghantar anak merek ke sekolah yang jauh. SK Lentang dapat memberikan perkhidmatan yang setanding dengan sekolah-sekolah yang berada di bandar.
Oleh kerana terletak jauh dari kawasan bandar, maka masalah kesesakkan jalanraya tidak pernah wujud dalam kehidupan seharian warga SK Lentang. Walau terletak jauh dari kawasan bandar, tetapi jaringan perhubungan seperti lebuhraya menjadikan SK Lentang tidak terpencil. Ditambah lagi dengan sistem pengangkutan awam iaitu bas, ada sesetengah murid SK Lentang menaiki bas untuk datang ke sekolah.



Penduduk sekitar Lentang banyak terdiiri dari pegawai-pegawai perhutanan dan pengawas hutan yang ditempatkan disini. Murid-murid SK Lentang terdiri daripada anak-anak Jabatan Hutan Lentang, sekolah ini terletak berdekatan dengan rumah mereka. Ada sesetengah murid hanya berjalan kaki kesekolah. Selain Jabatan Hutan Lentang, ada pekerja-pekerja dari MTD Prime yang tinggal di Lentang. Anak-anak

Di Lentang, keadaan persekitarannya yang menghijau dan nyaman sesuai untuk aktiviti rekreasi. Ianya juga mempunyai tapak-tapak perkhemahan yang boleh dijadikan tempat untuk sekolah-sekolah lain menjalankan aktiviti perkhemahan. Di Hutan Lipur Lentang juga ada menyediakan trek-trek untuk jungle tracking bagi yang inginkan sedikit cabaran.
Bagi yang hanya untuk berkelah, terdapat juga pondok-pondok dan tempat barbeku bagi yang ingin berkelah. Sambil-sambil berkelah, anda juga boleh mandi di sungai yang terdapar di Hutan Lipur Lentang dengan air yang sejuk dan segar.
