Walaupun SK Lentang adalah sekolah kategori SKM (Sekolah kurang murid) akan tetapi kemudahan yang disediakan mencukupi untuk menampung penggunaan oleh warga SK Lentang. Antara kemudahan-kemudahan asas seperti surau, bilik wuduk, bilik mandi dan persalinan turut ada disediakan. SK Lentang juga mempunyai bilik seni yang dapat digunakan oleh murid-murid untuk mencurahkan kekreatifan mereka.
SK Lentang juga mempunyai bilik peperiksaan khas yang agak terasing dari kelas-kelas lain. Bilik peperiksaan ini digunakan semasa peperiksaan UPSR dijalankan tanpa ada gangguan dari murid-murid kelas lain. Selain kegunaannya sebagai bilik peperiksaan, ianya juga digunakan sebagi kelas KAFA yang diadalan 3 kali seminggu. Di Lentang, kelas-kelas KAFA menumpang kelas-kelas yang ada di sekolah kerana ketiadaan bangunan sendiri. Guru-guru KAFA yang datang mengajar anak-anak Lentang di lantik khas oleh Jabatan Agama Islam Daerah Bentong bagi mendidik anak-anak kecil Lentang menjadi umat yang soleh dan solehah. Bangunan utama SK Lentang amat berjasa kepada warga Lentang, khususnya murid-murid SK Lentang.
Untuk bilik-bilik khas yang lain, seperti bilik media, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan lain-lain mampu menampung kehendak penggunaan murid di SK Lentang. Bilik-bilik khas tersebut diamanahkan kepada guru-guru tertentu untuk menguruskan dan menceriakan bilik-bilik tersebut. Setiap penggunaan bilik-bilik khas diawasai dan bagi mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Tandas adalah tempat yang perlu dijaga kebersihannya. Di SK Lentang, tandas-tandas murid dan guru sentiasa terjaga dengan rapi. Malah tandas juga dihias sama seperti bilik-bilik khas yang lain. Jika dilihat tandas-tandas di SK Lentang, mungkin anda berasa selesa menggunakannya. Hanya yang tiada adalah sofa dan kerusi, jika ada mungkin ada yang tidak mahu keluar dari tandas. Bagi setiap bilik khas ada mempunyai jawatankuasa masing-masing, tidak terkecuali juga tandas di SK lentang.
Bagi umat Islam pula, solat adalah tuntutan agama, bagi murid-murid dan seluruh warga SK Lentang ada terdapat bilik wuduk untuk mereka mengambil wuduk dengan mudah. Juga terdapat sebuah surau yang dapat menampung hampir seluruh warga SKLentang. Surau ini dilengkapi dengan semua peralatan seperti sejadah dan telekung untuk murid-murid gunakan jika mereka tidak pulang kerumah untuk menjalani apa-apa aktiviti hingga ke petang.
Tidak lengkap bagi sesebuah sekolah jika tidak mempunyai makmal komputer bagi penggunaan samada P&P atau pentadbiran sekolah. Makmal komputer yang dilengkapi dengan 13 buah komputer serta 3 komputer tambahan membantu para guru dalam P&P. Ini kerana, negara kita telah mula melangkah ke era digital, hampir segala urusan dilakukan secara online dengan bantuan internet.
Dengan sedikit perbelanjaan yang dan tenaga kerja SKEN, hampir kesemua tempat dan sudut mempunyai kemudahan internet. Capaian wireless dapat dilakukan dengan hanya menggunakan laptop sahaja. Bagi komputer peribadi di bilik komputer bilik guru dan pejabat, sambungan secara terus menggunakan kabel dan switcher digunakan. Sekarang setiap bilik pejabat, mempunyai akses internet, Cuma, yang menjadi masalah pada waktu ini adalah kelajuan internet yang rendah. Lebih-lebih lagi pada waktu persekolahan, ini kerana sekolah-sekolah di Malaysia bergantung kepada jaringan MS Schoolnet. Mungkin pada masa hadapan masalah kelajuan internet bagi jaringan MS Schoolnet di Malaysia dapat diatasi.