Sejarah SK Lentang
Sekolah Kebangsaan Lentang dibuka pada 1hb. Januari 2001. Satu perjumpaan denga
SK Lentang memulakan sesi persekolahan pertamanya pada 3hb. Januari 2001 menumpang bangunan SK Tunku Fatimah, Bentong. Bilangan murid seramai 47 orang merangkumi murid Tahun 1, 2 dan 3. Seorang Pembantu Tadbir Rendah N11 iaitu Pn. Norzi bt. Ali Badri dan seorang Pembantu Am Rendah iaitu En. Rizuan bin Kaiyim telah ditugaskan berkhidmat di sekolah ini. Manakala seramai 6 orang guru penolong diamanahkan mendidik murid-murid.

Mulai 16hb. Julai 2002 Pn. Hjh. Zainab bt. Hashim telah mengambil alih tugas Guru Besar SK Lentang bagi menggantikan En. Ahmad Termizi bin Abu Bakar yang bertukar ke SK Karak, Bentong.

Pada 1hb. November 2007, Pn. Hjh. Zainab bt. Hashim telah kembali menerajui SK Lentang sebagai Guru Besar yang baru sehinggalah beliau bersara pada 31hb. Disember 2009. Mulai 1hb. Januari 2010, Pn. Mazra bt. Mat Yatim telah ditugaskan sebagi Guru Besar SK Lentang hinggalah kini. Dibantu oleh 16 orang guru, 3 orang kakitangan sokongan dan 7 orang kakitangan swasta
Lokasi SK Lentang. Dimana ianya berada?

SK Lentang terletak di KM.52 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Jika anda menghala ke Kuala Lumpur pas
tikan anda melihat-lihat dikiri anda, jika anda te
rlihat papan tanda masjid Lentang bermakna anda telah menghampiri sekolah ini. Tidak dinafikan, ramai yang tidak tahu akan kewujudan sebuah sekolah di kawasan Lentang walau penduduk daerah Bentong sendiri. Oleh itu, jika anda singgah sejenak dimasjid Lentang pastikan anda mendongak keatas bukit dibelakang masjid tersebut. SK Lentang tersergam gagah, dipuncak sebuah bukit di Lentang. Ianya agak tersembunyi sedikit dari pandangan mata oleh dek kerana taman semulajadi yang mengelilingi sekolah ini. Sekolah ini segar mata melihatnya kerana pokok-pokok hutan yang segar dan nyaman.
Bukan sahaja SK Lentang nyaman dan indah, malah kawasan Lentang keseluruhannya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Berhampiran sekolah ini terdapat kawasan rekreasi dan perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Jom gi Lentang jom
Bukan sahaja SK Lentang nyaman dan indah, malah kawasan Lentang keseluruhannya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Berhampiran sekolah ini terdapat kawasan rekreasi dan perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Jom gi Lentang jom
Keterangan logo SK Lentang


The most beautiful thing in life, is life it self.
Water is softer than rocks and stone,
yet it can carve it.